CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, October 28, 2011

airmata Nabi Adam =')

Tahukah saudara semenjak Nabi Adam terkeluar dari syurga akibat tipu daya
iblis, beliau menangis selama 300 tahun. Nabi Adam tidak mengangkat
kepalanya ke langit kerana terlampau malu kepada Allah swt.

Beliau sujud di atas gunung selama seratus tahun. Kemudian menangis lagi
sehingga air matanya mengalir di jurang Serantip. Dari air mata Nabi Adam
itu Allah tumbuhkan pohon kayu manis dan pokok cengkih. Beberapa ekor
burung telah meminum air mata beliau. Burung itu berkata, 'Sedap
sungguh air ini.'

Nabi Adam terdengar kata-kata burung tersebut. Beliau menyangka burung itu
sengaja mengejeknya kerana perbuatan derhakanya kepada Allah. Ini
membuatkan Nabi Adam semakin hebat menangis. Akhirnya Allah telah
menyampaikan wahyu yang bermaksud, 'Hai Adam, sesungguhnya aku belum
pernah menciptakan air minum yang lebih lazat dan hebat dari air mata
taubatmu itu.'

 Apa Yang Akan Ditanya :-

Dalam sehari ada 24 jam. Dalam sejam manusia bernafas sebanyak 4320 kali.
Dalam setiap kali bernafas Allah akan tanya dua perkara semasa nafas keluar
dan masuk. Pertanyaan itu ialah, 'Apa perbuatan yang kita lakukan semasa
nafas itu keluar dan masuk ?

 Tiga Cahaya Di Hari Kiamat

Di hari kiamat ada tiga cahaya yang berlainan :
* Cahaya yang pertama seperti bintang-bintang.
* Cahaya yang kedua seperti cahaya bulan.
* Cahaya yang ketiga seperti cahaya matahari.

Apabila ditanya cahaya apakah ini ?. Lalu dijawab :
'Cahaya yang pertama ialah cahaya wajah-wajah manusia
yang ketika di dunia, mereka akan meninggalkan pekerjaan dan terus bersuci
dan mengambil air sembahyang apabila terdengar azan.

Yang kedua ialah cahaya wajah mereka yang mengambil
air sembahyang sebelum azan.
Cahaya yang ketiga ialah cahaya mereka seperti matahari. Mereka di
dunia sudah bersiap sedia di dalam masjid sebelum azan lagi.'

Kala Jengking Neraka

Di hari kiamat akan keluar seekor binatang dari neraka
jahanam yang bernama 'Huraisy' berasal dari anak kala jengking. Besarnya
Huraisy ini dari timur hingga ke barat. Panjangnya pula seperti jarak langit
dan bumi.

Malaikat Jibril bertanya : 'Hai Huraisy! Engkau hendak ke mana dan
siapa yang kau cari ?' Huraisy pun menjawab, 'Aku mahu mencari lima
orang. Pertama, orang yang ninggalkan sembahyang. Kedua, orang yang
tidak mahu keluarkan zakat. Ketiga, orang yang derhaka kepada
ibubapanya. Keempat, orang yang bercakap tentang dunia di dalam
masjid. Kelima, orang yang suka minum arak.'

No comments:

Post a Comment